Wednesday, July 22, 2020

RUMUSAN

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan pengajaran melibatkan proses merancang, melaksana, menilai serta membuat tindakan susulan dalam pengajaran agar dapat menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi atau prinsip pengajaran merupakan proses persediaan bagi sesi peengajaran, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan selepas sesi pengajaran bagi menyempurnakan proses pengajaran tersebut. Pembelajaran merupakan satu proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai serta membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar dan pelbagai perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Seseorang pengurus yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran perlulah prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling serta sistematik dalam merancang dan menilai. Selain itu, sentiasa bersabar dalam apa jua masalah yang datang dan dapat mengurus masa dengan baik serta mempunyai kemahiran abad ke-21.

Oleh itu, pengurusan dan pembelajaran yang efektif sangat penting dalam proses pembelajaran yang berkesan agar mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi Intelek, Rohani dan Jasmani dan seterusnya dapat meningkatkan pembangunan Negara.

No comments:

Post a Comment